Surau Darul Mukmin, Kajang

Surau Darul Mukmin Taman Damai Mewah Kajang adalah surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor, No pendaftaran JAI.SEL.BPM/01/034/300.

Untuk makluman pihak tuan terdapat sebanyak 350 keluarga Islam yang menghuni di Blok A dan B Pangsapuri Damai Mewah, Kajang.

Sejak dari tahun 2009 kemudahan tempat solat untuk penghuni di sini adalah di ruangan kecil dan sempit di bawah bangunan Pangsapuri A yang hanya boleh menampung seramai 130 orang sahaja dalam satu masa termasuk lelaki dan perempuan, sudah hampir 10 tahun penduduk muslim di sini terpaksa menggunakan tempat solat di tempat sempit yang serba kekurangan.

Penduduk Muslim sangat memerlukan tapak surau yang baru atas sebab-sebab yang berikut;

1. Saiz surau sedia ada sekarang terlalu kecil dan tidak dapat menampung bilangan yang ada khususnya di bulan Ramadhan, pihak kami terpaksa menggunakan kawasan parking penduduk untuk aktiviti surau, disepanjang bulan Ramadan pula kami setiap hari terpaksa membuka tikar dan khemah dan menyimpan balik pada setiap malam selepas solat tarawikh.

2. Kemudahan surau yang sangat terhad, tandas dan tempat wudhu' yang tidak mencukupi.Jika ada aktiviti surau, kami terpaksa menumpang tempat parking penduduk dan ini akan mengganggu ketenteraman orang ramai terutama penduduk bukan Islam.

3. Jika ada kematian kami terpaksa menggunakan kemudahan Masjid Taman Jasmin di luar taman kami untuk urusan jenazah dan urusan berkaitan.

4. Kedudukan surau sekarang dibawah bangunan Pangsapuri A, terdapat saluran air kumbahan disyiling surau, jika berlaku kebocoran akan mengotorkan surau dan memusnahkan karpet dan kemudahan surau.

5. Mengganggu sistem keselamatan pangsapuri dimana kedudukan surau sekarang di bawah banggunan Pangsapuri A, sedangkan ahli jemaah adalah kebanyakan dari Pangsapuri B menyebabkan pihak JMB terpaksa membuka laluan antara 2 bangunan yang sekaligus akan mengganggu pengurusan keselamatan bangunan.

6. Kedudukan surau sekarang yang tersorok di bawah bangunan dan menyukarkan orang ramai mencari surau.

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by